Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dekatkan diri dengan pembacaan Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Seramai 12 orang Muslimah yang mengikuti Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lambak Kanan telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di masjid berkenaan, hari ini.

    Majlis itu antara lain bertujuan untuk menyemarakkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan memperbanyakkan pembacaan Al-Quran untuk meraih keberkatannya.

    Pegawai Bahagian Hal Ehwal Muslimah di Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pengiran Hajah Maswita binti Pengiran Haji Sabut hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu yang seterusnya mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan majlis.

    Majlis Khatam Al-Quran anjuran Muslimah Masjid RPN Lambak Kanan yang julung kalinya diadakan itu juga diisi dengan pelbagai aktiviti keagamaan seperti bertadarus.

    Di majlis itu, bacaan Doa Khatam, Tahlil dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam telah dipimpin oleh Dayang Siti Naoyah binti Haji Salleh dan diikuti dengan Dikir Marhaban oleh ahli-ahli Kelas Bimbingan Muslimah.

    Antara Muslimah yang mengikuti Kelas Bimbingan Muslimah Masjid RPN Lambak Kanan diraikan dalam majlis tersebut.
    Antara Muslimah yang mengikuti Kelas Bimbingan Muslimah Masjid RPN Lambak Kanan diraikan dalam majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda