ASTANA, Kazakhstan, 24 Jan – Utusan PBB bagi Syria berkata hari ini bahawa deklarasi muktamad hampir dicapai semasa rundingan tidak langsung antara pemberontak Syria dan rejim negara yang dilanda perang itu di bandar Astana, Kazakhstan.
Rundingan itu, yang tidak membuahkan kejayaan ketara pada hari pertama kelmarin, mungkin menjadi rundingan bersemuka pertama antara rejim dan pembangkang bersenjata sejak konflik Syria meletus pada 2011, namun pemberontak menarik diri.
“Kami hampir saja mencapai deklarasi terakhir,” kata utusan PBB, Staffan de Mistura.
“Berlakunya perbincangan yang sangat tegang kerana ia bukan tentang sekeping kertas, ini adalah tentang perhentian pertempuran yang bermaksud kehidupan warga Syria.”

Jurucakap pemberontak, Yehya al-Aridi berkata pemberontak tidak akan menandatangani deklarasi terakhir yang keluar daripada rundingan itu, namun berkata ia akan dikeluarkan oleh penaja mereka, penyokong pemberontak Turki, sekutu rejim Rusia dan kemungkinan Iran.
Tambahnya lagi, deklarasi terakhir itu adalah ‘kenyataan am’ yang ‘bukan bermaksud untuk ditandatangani oleh parti-parti.” Pemberontak menolak rundingan bersemuka kerana serangan dan pengeboman berterusan rejim ke takat kilat luar bandar Damsyik. – AFP