Deklarasi Pyongyang diluluskan

SEOUL, 23 Okt – Kerajaan Korea Selatan hari ini meluluskan Deklarasi Pyongyang yang telah ditandatangani semasa persidangan ketiga di Pyongyang pada September lalu antara Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan Kim Jong Un, pemimpin tertinggi Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK).

Ia telah dilakukan dan diluluskan semasa mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Presiden Moon yang telah menandatangani dan mengesahkan pengisytiharan tersebut.

Di bawah Deklarasi Pyongyang tersebut, kedua-dua belah pihak bersetuju menamatkan permusuhan, meningkatkan kerjasama dan bertukar-tukar pandangan dan penamatan program nuklear di Semenanjung Korea.

Kabinet juga meluluskan perjanjian ketenteraan yang komprehensif di mana ia telah ditandatangani oleh ketua-ketua pertahanan dari kedua-dua belah pihak semasa persidangan Pyongyang. Di bawah perjanjian ketenteraan, Korea Selatan dan Korea Utara bersetuju untuk menamatkan tindakan permusuhan di kawasan-kawasan sempadan dengan menubuhkan zon penimbal di sepanjang sempadan yang dilengkapi senjata.

Persetujuan itu berlaku apabila Kementerian Perundangan Kerajaan memberitahu bahawa Deklarasi Pyongyang tidak memerlukan pengesahan parlimen.

Tatkala Deklarasi Pyongyang menjadi cara untuk melaksanakan Deklarasi Panmunjom, di mana Moon dan Kim menandatangani semasa persidangan pertama pada April di perkampungan sempadan Panmunjom, Deklarasi Pyongyang tidak memerlukan pengesahan parlimen, menurut kementerian. Deklarasi Panmunjom setakat ini dalam proses pengesahan parlimen.

Menurut Moon semasa mesyuarat kabinet, hubungan antara dua korea yang semakin meningkat ini dan tekanan ketenteraan yang semakin berkurangan ini boleh memacu penamatan program nuklear secara sepenuhnya dengan lebih mudah.

Beliau menyatakan bahawa pengesahan itu akan membantu melindungi nyawa orang dan meningkatkan keselamatan, ketika menghapuskan risiko di semenanjung dan ia memberi faedah kepada ekonomi Korea Selatan. – Xinhua

Presiden Moon Jae-in (dua, kanan) berucap pada mesyuarat kabinet di Rumah Biru Presiden di Seoul kelmarin. – AP