Dele Alli penyelamat Spurs

BURNLEY, 8 MAC – Dele Alli berjaya menyelamatkan Tottenham pada perlawanan semalam selepas menjaringkan sepakan penalti dan mencatat keputusan seri 1-1 menentang Burnley untuk memastikan pasukan Jose Mourinho layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Pasukan Sean Dyche, yang berada di zon penyingkiran sejak Januari lalu, sebelum ini tidak pernah tewas dalam tujuh perlawanan liga mereka tetapi tewas ke atas Spurs selepas mendahului perlawanan pada separuh masa pertama di Turf Moor.

Keputusan seri itu meninggalkan Tottenham di tempat ke-8, hanya empat mata di belakang Chelsea dan dua di belakang Wolves. Burnley berada dua mata dari zon penyingkiran.

Tempat kelima sudah boleh mencukupi untuk memastikan layak ke Liga Juara-Juara musim depan bergantung kepada keputusan rayuan Manchester City terhadap larangan mereka menyertai perlawanan di Eropah.

Spurs, sekali lagi tanpa pemain penyerang mereka Harry Kane dan Son Heung-min kerana cedera, memulakan perlawanan dengan baik tetapi Burnley begitu pantas menemui jaringan pada minit ke-13.

Jay Rodriguez melakukan percubaan tetapi berjaya diselamatkan Hugo Lloris dari tepi kotak dan bola mengantul kepada Wood dan berjaya melakukan jaringan.

Mourinho membuat dua pertukaran pada separuh masa kedua, membawa masuk Lucas Moura dan Giovani Lo Celso bagi menggantikan Oliver Skipp dan Tanguy Ndombele. –AFP

Aksi Jack Cork dari Burnley dan pemain Tottenham Hotspur, Dele Alli ketika merebut bola semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Turf Moor, Burnley, England, semalam. – AP