Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Delegasi AS kunjungi presiden baharu, pembangkang Kenya

    NAIROBI, KENYA, 18 OGOS – Satu delegasi kongres Amerika Syarikat (AS) tiba di Kenya untuk bertemu dengan presiden baharu yang dipilih dan ketua pembangkang yang akan memfailkan cabaran mahkamah terhadap kekalahannya dalam pilihan raya, krisis pilihan raya terkini bagi negara demokrasi paling stabil di Afrika Timur.

    Duta AS yang baharu ke Kenya, Meg Whitman, berkata delegasi yang diketuai oleh Senator Chris Coons juga akan bertemu dengan Presiden Kenya Uhuru Kenyatta.

    Presiden yang baharu dipilih, William Ruto merupakan timbalan presiden Kenyatta, tetapi hubungan kedua-dua pemimpin itu keruh sejak tahun lalu.

    Kenyatta sebaliknya menyatakan sokongannya terhadap ketua pembangkang, Raila Odinga.

    Odinga berkata dia sedang meneroka “semua pilihan perlembagaan dan undang-undang” untuk mencabar kekalahannya dalam pilihan raya. Dia menggesa penyokongnya supaya bertenang di sebalik negara itu mempunyai sejarah keganasan selepas pilihan raya.

    Peralihan politik di Kenya akan memberi impak besar kepada rantau Afrika Timur, di mana Kenyatta telah bekerjasama dengan AS untuk cuba menjadi pengantara dalam konflik Tigray, Ethiopia serta berusaha mendamaikan Rwanda dengan Congo. Ruto dalam satu kenyataan menyatakan fokud utama menumpukan pada hal domestik, bukan serantau.

    Odinga, 77, telah bertanding dalam pilihan raya presiden selama suku abad.

    Dia terkenal sebagai pejuang dan pernah ditahan pada tahun 1980-an kerana desakan untuk demokrasi berbilang parti. – AP

    Presiden Kenya yang baharu dipilih, William Ruto dalam satu sidang media di kediaman rasmi Timbalan Presiden di Nairobi, Kenya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...