Wednesday, November 30, 2022
29.4 C
Brunei

-

Delegasi Laos adakan lawatan negara

Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh Adib Noor

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Presiden Republik Demokratik Rakyat Laos, Tuan Yang Terutama Thongloun Sisoulith dan isteri, Naly Sisoulith serta rombongan, tiba di Bandar Seri Begawan bagi mengadakan lawatan negara selama tiga hari ke Negara Brunei Darussalam, hari ini.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengalu-alukan ketibaan Presiden Republik Demokratik Rakyat Laos dan isteri ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Menteri Pengiring dan isteri; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof dan isteri; Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dan isteri serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Laos ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Sengdavanh Vongsay.

Semasa lawatan negara berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dijangka akan menerima mengadap TYT Thongloun Sisoulith dan isteri serta rombongan. Ini termasuk Majlis Sambutan Rasmi Negara, Majlis Perjumpaan Dua Hala, Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman dan Majlis Santap Negara yang akan berlangsung di Istana Nurul Iman esok.

Lawatan negara ini merupakan lawatan yang pertama bagi TYT Thongloun Sisoulith ke Negara Brunei Darussalam selaku Presiden Republik Demokratik Rakyat Laos. Hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Rakyat Laos mula terjalin pada 27 Julai 1993, di mana kedua-dua buah negara bekerjasama secara meluas dalam bidang pendidikan, pertahanan, kebudayaan, belia dan sukan serta keselamatan makanan.

TYT Thongloun Sisoulith dan isteri, Naly Sisoulith tiba di Bandar Seri Begawan bagi mengadakan lawatan negara selama tiga hari ke Negara Brunei Darussalam, kelmarin.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf hadir untuk mengalu-alukan ketibaan Presiden Republik Demokratik Rakyat Laos dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jutaan rakyat Bangladesh hilang tempat tinggal

DHAKA, 29 NOV – Berjuta-juta orang di Bangladesh hilang tempat tinggal dan mata pencarian akibat kesan perubahan iklim tahun ini hingga menyebabkan penghijrahan dalam negeri...

Polis kawal bandar utama China

- Advertisment -