Friday, March 24, 2023
22.9 C
Brunei

-

Delegasi perdagangan Mesir berkunjung ke Israel

BAITULMAQDIS, 21 JUN – Satu rombongan delegasi pemimpin perniagaan Mesir mengadakan lawatan ke Israel kelmarin.

Ia merupakan lawatan pertama dalam sedekad sebagai tanda merapatkan hubungan antara kedua-dua buah negara, kata pegawai Israel.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada perjanjian perdagangan yang dikenali sebagai Zon Perindustrian Kelayakan (QIZ) yang dimulakan pada 1996 antara Israel, Jordan, Mesir dan Amerika Syarikat untuk memupuk keamanan Timur Tengah. Perjanjian itu juga membolehkan Mesir mengeksport beberapa produk ke AS tanpa cukai, selagi ia termasuk 10.5 peratus input Israel. Delegasi Mesir yang melawat termasuk eksekutif dari industri tekstil dan pakaian, kata kementerian luar dan ekonomi Israel dalam satu kenyataan bersama. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -