Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Delegasi Rusia tiba di Belarus

    MOSCOW, 27 FEB – Delegasi Rusia tiba di bandar Gomel di Belarus untuk mengadakan rundingan damai dengan Ukraine, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov hari ini, lapor agensi Anadolu.

    Delegasi itu termasuk wakil pentadbiran presiden, kementerian luar dan pertahanan, kata Peskov kepada pemberita di Moscow.

    “Selaras dengan persetujuan yang dicapai, delegasi Rusia terdiri daripada wakil Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan jabatan lain, termasuk pentadbiran presiden, tiba di Belarus untuk berunding dengan rakyat Ukraine.

    “Kami akan bersedia untuk memulakan rundingan ini di Gomel,” katanya.

    Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata beliau akan bersetuju untuk mengadakan rundingan di Belarus jika negara itu “tidak terlibat dengan pertelingkahan itu .”

    Zelensky berkata rundingan itu juga boleh diadakan di tempat lain seperti di Warsaw, Budapest, Istanbul, atau Baku. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...