Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Delhi larang kemasukan teksi dari negeri lain

    NEW DELHI, 9 NOV – Pihak berkuasa tempatan kelmarin mengumumkan bahawa teksi berasaskan aplikasi dari negeri lain tidak dibenarkan memasuki Delhi susulan kualiti udara yang semakin buruk.

    “Jabatan pengangkutan telah diminta mengeluarkan arahan agar teksi berasaskan aplikasi dengan pendaftaran di luar Delhi dilarang daripada memasuki ibu negara seperti perintah Mahkamah Agung,” Xinhua memetik laporan Menteri Alam Sekitar Delhi, Gopal Rai.

    Rai dalam satu rakaman video berkata kerajaan Delhi juga akan membentangkan dua kajian di mahkamah mengenai keberkesanan skim untuk mengehadkan bilangan kereta atas jalan raya yang dikenali sebagai formula ‘ganjil-genap’.

    “Kami memutuskan untuk menyerahkan laporan berdasarkan dua kajian iaitu kajian bersama oleh Universiti Harvard dan Chicago State di AS dan satu lagi kajian oleh Universiti Teknikal Delhi, mengenai formula ganjil-genap kepada Mahkamah Agung,”
    katanya.

    “Berkenaan keputusan melaksanakan formula ganjil-genap mulai 13 November, pelaksanaan hanya akan dibuat selepas Mahkamah Agung menyemak keberkesanan formula itu dan mengeluarkan perintah,” kata Rai.

    Pencemaran udara di Delhi berada pada tahap ‘terburuk’ sejak beberapa hari lalu dan pihak berkuasa menutup sekolah dan menangguhkan kejohanan acara sukan tempatan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda