Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dell pamer produk terkini

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Feb – Sebagai pengedar tunggal jenama Dell di negara ini, Netcom Computer House telah mengadakan Jerayawara Dell di The Mall, Gadong bermula hari ini.

    Pelbagai produk Dell telah dipamerkan semasa acara tersebut termasuk komputer riba, desktop, monitor, projektor dan aksesori komputer.

    Salah satu produk komputer riba terkini yang dipamerkan semasa jerayawara tersebut ialah Dell XPS 13.

    Orang ramai juga berpeluang mendapatkan payung eksklusif Dell secara percuma dengan setiap pembelian komputer riba Dell semasa acara tersebut.

    Jerayawara Dell yang diadakan di ruang legar, The Mall, Gadong.
    Jerayawara Dell yang diadakan di ruang legar, The Mall, Gadong.

    Manakala pelindung matahari kereta eksklusif Dell pula diberikan secara percuma bagi setiap pembelian barangan akseksori Dell dengan pembelian minimum $50 dalam satu resit.

    Jerayawara tersebut dibukakan kepada orang ramai bermula 10 pagi hingga 10 malam sehingga hari Ahad diruang legar The Mall, Gadong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda