Delta, agihan vaksin tak seimbang pacu peningkatan kematian

KUALA LUMPUR, 18 OGOS – Persekutuan Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Palang Merah mengatakan Asia Tenggara sedang menyaksikan peningkatan kematian tertinggi COVID-19, dipacu oleh varian Delta dan pengagihan tidak seimbang vaksin global.

Asia Tenggara merekodkan 38,522 kematian akibat COVID-19 dalam masa dua minggu lalu, hampir dua kali ganda, sama banyak dengan Amerika Utara, menurut Palang Merah, memetik data dari Universiti John Hopkins.

Tujuh daripada 10 negara tertinggi di mana kematian COVID-19 paling pantas meningkat ialah di Asia dan Pasifik, dengan Vietnam, Fiji dan Myanmar dalam kedudukan lima tertinggi, menurut Our World in Data.

Pengarah Persekutuan Palang Merah Antarabangsa di Asia Pasifik, Alexander Matheou hari ini menyeru bagi negara-negara kaya segera berkongsi dos vaksin berlebihan mereka dengan negara-negara Asia Tenggara bagi mengekang peningkatan dalam jangkitan dan kematian di rantau itu.

Dia menyatakan syarikat-syarikat vaksin dan kerajaan di seluruh dunia perlu berkongsi teknologi dan mempertingkatkan pengeluaran bagi membantu mempercepatkan kadar pemvaksinan yang rendah di rantau itu.

Meskipun United Kingdom, Kanada dan Sepanyol sudah pun memvaksin lebih daripada 60 peratus populasinya, ia mengatakan negara-negara Asia Tenggara masih jauh ketinggalan. Malaysia baru sahaja memvaksin 34 peratus penduduknya, Indonesia dan Filipina hampir 11 peratus dan Vietnam kurang daripada 2 peratus.

Matheou mengatakan setiap negara mesti menyasarkan kadar vaksinasi besar-besaran sekurang-kurangnya 70-80 peratus bagi memastikan dunia mengatasi pandemik itu. – AP

Pekerja dalam sut PPE menurunkan keranda mangsa COVID-19 semasa pengebumian di bahagian khas tanah perkuburan Pedurenan yang diperuntukkan selepas peningkatan kematian koronavirus di Bekasi, Jawa barat, Indonesia. – AP