Delta punca lonjakan kes covid-19 di selatan Thailand

PATTANI, 21 OKT – Varian Delta yang cepat merebak menjadi punca lonjakan kes COVID-19 di empat wilayah di selatan Thailand – Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla.

Ketua Pejabat Kesihatan Awam Wilayah Pattani Dr Anurak Sarapap (he) berkata peningkatan varian Delta amat membimbangkan ekoran kebolehjangkitan yang tinggi.

“Varian Delta yang pertama kali dikesan di India dipercayai merebak di kalangan ahli keluarga dan komuniti dan menyebabkan kes COVID-19 dan jumlah kematian meningkat di empat wilayah itu.

“Kini, varian Delta menyumbang kira-kira 40 peratus daripada jangkitan baharu kes COVID-19 di empat wilayah itu,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, varian paling dominan di wilayah selatan adalah Alpha dan Beta. Dalam tempoh 24 jam, Thailand mencatatkan 9,727 kes baharu COVID-19 dan 73 kematian, menjadikan jumlah terkumpul kes setakat ini 1,821,579 dan 18,559 kematian. – Bernama