Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Delta Sarawak diiktiraf Geopark Kebangsaan 

    KUCHING, 23 JUN – Kawasan Delta Sarawak yang terletak di selatan negeri itu diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang keenam di bawah Program Pembangunan Geopark Kebangsaan.

    Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pengiktirafan itu dibuat pada 20 Jun lepas semasa Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2022.

    Katanya pengiktirafan itu adalah satu lagi pencapaian negara, khususnya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam pemeliharaan kelestarian alam semula jadi dan pengurusan mampan kawasan berkepentingan kebangsaan yang memiliki nilai geotapak luar biasa.

    “Kementerian percaya kerjasama erat yang terjalin antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Sarawak dapat memastikan Geopark Kebangsaan diurus secara baik. 

    “Di samping itu, usaha berterusan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat khususnya di dalam kawasan dan sekitar wilayah Geopark Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui penglibatan masyarakat tempatan dalam pelbagai aktiviti dan program pembangunan geopark,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Berkeluasan 3,112km persegi, Geopark Kebangsaan Delta Sarawak kaya dengan keunikan landskap batuan (28 geotapak), kepelbagaian biologi (12 biotapak) dan budaya (14 tapak budaya). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...