Demarai Grey sertai Everton

LONDON, 23 JULAI – Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton menandatangani pemain ketiga mereka musim panas ini dengan kedatangan Demarai Grey (gambar) dari Bayer Leverkusen, kata kelab itu semalam.

Bekas pemain sayap Leicester berusia 25 tahun itu telah menandatangani perjanjian tiga tahun dengan bayaran yang tidak didedahkan setelah hanya enam bulan bersama kelab di Bundesliga.

Dia mengikuti jejak Andros Townsend dan penjaga gawang Asmir Begovic untuk menyertai Everton dengan pengurus baharu mereka Rafael Benitez dan pengarah bola sepak Marcel Brands membentuk semula skuad untuk musim depan.

“Pengurus, dengan cita-citanya dan apa yang telah dimenanginya pada masa lalu, adalah penting dan kami akan berusaha untuk terus maju dan bersaing dengan kelab-kelab teratas,” kata Gray kepada laman web rasmi kelab

“Saya rasa sebuah kelab sebesar ini berpotensi untuk berada di sana.

“Everton adalah kelab yang sangat besar dan objektif utamanya adalah untuk mendorong dan bersaing kembali ke sana.”

Gray, yang telah membuat penampilan bersama England di bawah 21 tahun, memulakan kariernya dengan kelab kelahirannya Birmingham City sebelum bergabung dengan Leicester pada Januari 2016, menjadi pemenang EPL pada usia 19 tahun. – AFP