Dembele berehat panjang

BUDAPEST, 23 JUN – Pemain sayap, Ousmane Dembele yang cedera ketika bersama pasukan Perancis dalam aksi Euro 2020 perlu menjalani pembedahan, kata kelabnya Barcelona.

Menerusi laman sesawang kelab itu, ujian yang dilakukan terhadap Dembele menunjukkan terdapat masalah di bahagian lutut kanannya dan ia memerlukan pembedahan. Menurut sumber, Dembele yang meninggalkan pasukan Perancis selepas diketepikan untuk keseluruhan baki kempen Euro, berkemungkinan tidak akan beraksi selama empat bulan.

Barcelona menandatangani penyerang veteran, Sergio Aguero dan pada Ahad lalu menambah seorang lagi jentera di bahagian serangan, Memphis Depay dari Lyon. Ini adalah kecederaan kali kedua buat Dembele selepas mengalami masalah di bahagian paha kanannya pada Februari 2020. – AFP

Dembele ketika mengawal bola sambil cuba dihalang oleh pemain pertahanan Hungary, Attila Fiola semasa perlawanan mereka di Puskas Arena di Budapest pada 19 Jun lalu. – AFP