Dembele jalani pembedahan

MADRID, 6 FEB – Penyerang Barcelona Ousmane Dembele akan menjalani pembedahan hamstring kanannya di Finland minggu depan, kelab itu mengesahkan.

Barca berkata masa pemulihan akan diberikan apabila operasi selesai.

Dembele telah mengalami beberapa masalah kecederaan sejak menyertai Barcelona dari Borussia Dortmund pada tahun 2017. Pemain Perancis itu hampir kembali dari masalah paha yang dialaminya pada November tetapi terpaksa tidak menjalani latihan pada hari Isnin ekoran kelab yang pada mulanya mengambarkan sebagai ‘keletihan otot’.

Tetapi ujian menunjukkan Dembele mengalami kekoyakan hamstring dan pemain berusia 22 tahun itu kini tidak dijangka bermain semula musim ini.

“Pemain Barcelona Ousmane Dembele akan menjalani pembedahan pada hari Selasa, 11 Februari di Turku, Finland, untuk merawat kecederaan hamstring kanannya,” kata pernyataan klub pada hari Khamis.

“Apabila operasi telah selesai, maklumat lanjut akan diberikan mengenai masa pemulihannya.” – AFP