Dembele kembali beraksi untuk Barcelona

MADRID, 2 NOV – Ousmane Dembele, yang tidak bermain selama empat bulan selepas pembedahan pada lutut kanannya, merupakan salah seorang daripada empat pemain yang dipanggil semula ke skuad Barcelona untuk menentang Dynamo Kiev dalam Liga Juara-Juara, umum kelab tersebut kelmarin.

Pemain sayap antarabangsa Perancis, Dembele kembali menjalani latihan bersama skuad tersebut pada 11 Oktober buat kali pertama selepas mengalami kecederaan lutut ketika bermain untuk Perancis menentang Hungary pada Kejohanan Eropah pada Jun.

Dia menjalani pembedahan pada 29 Jun di Finland.

Barcelona berada di tempat ketiga dalam kumpulan mereka tetapi hanya satu mata di belakang Benfica yang menduduki di tempat kedua. – AFP

Pemain depan Barcelona, Kun Aguero dan Ousmane Dembele mengambil bahagian dalam sesi latihan di Barcelona pada 29 Oktober. – AFP