Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Dembele tolak dua tawaran

    MADRID, 2 FEB – Barcelona hampir kehilangan Pierre-Emerick Aubameyang, ia bagaimanapun tidak mempunyai peluang untuk menyingkirkan Ousmane Dembele.

    Presiden Barcelona, Joan Laporta berkata kelmarin perjanjian untuk menandatangani Aubameyang telah dimeterai seminit sebelum tarikh jendela perpindahan berakhir pada malam Isnin lalu dan Dembele menolak dua tawaran baik untuk meninggalkan kelab tanpa alasan jelas.

    Kelab itu tidak mahu Dembele kekal selepas ejen pemain Perancis itu menolak beberapa tawaran untuk melanjutkan kontraknya dalam rundingan yang berlangsung hampir enam bulan.

    “Kami telah membuat tawaran yang baik untuknya memperbaharui kontraknya dan kekal, tetapi ia menjadi isu kewangan dan dia mahukan lebih banyak lagi,” kata Laporta.

    “Kami menunjukkan kepadanya dua tawaran bagus (pada tarikh akhir perpindahan) untuk dia bermain dengan kelab lain selama enam bulan terakhir ini, yang terakhir dari kelab Inggeris dan dia tidak menerimanya dan lebih suka kekal di sini. Kami terkejut.”

    Kontrak Dembele berakhir pada bulan Jun dan dia boleh pergi secara percuma. Barcelona memecahkan rekodnya sendiri untuk menandatangani penyerang muda itu dari Borussia Dortmund pada 2017 dalam perjanjian bernilai sehingga AS$175 juta.

    “Sukar untuk difahami,” kata Laporta, yang tahun lalu menggelar Dembele lebih baik daripada Kylian Mbappe. “Kami fikir dia mungkin sudah mempunyai perjanjian dengan kelab lain. Itulah yang dibayangkan oleh ejennya.” – AP

    Dembele telah menolak dua tawaran baik untuk meninggalkan kelab secara tidak jelas. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...