Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Demi cipta nama sanggup berlakon 5 filem

    Pernah membintangi filem-filem box office seperti Devdas dan Dil To Pagal Hai, nama pelakon Madhuri Dixit adalah antara yang sering menjadi tumpuan sejak awal kemunculan.

    Bercerita kembali tentang pengalaman bergelar pelakon ketika awal kemunculannya, Madhuri memberitahu ia adalah satu cabaran sukar dan tidak ramai golongan wanita yang terlibat dalam pembikinan sesebuah filem.

    “Waktu dahulu kami jalani penggambaran tiga atau lima filem dalam satu masa.

    Jadi jadual sangat sibuk dan terpaksa bekerja dalam tempoh masa lama untuk sehari.

    “Apabila penggambaran di luar, tiada pengangkutan untuk kami dan terpaksa berjalan jauh. Sebagai pelakon wanita ia adalah sangat sukar.

    Madhuri melihat perjalanan produksi sekarang lebih terurus. – Agensi

    “Dahulu juga tidak ramai wanita di set penggambaran, hanya saya, pelakon lain dan pendandan rambut.

    Berbeza dengan situasi sekarang di mana semakin ramai wanita terlibat termasuk kerja-kerja belakang tabir,” ujarnya.

    Madhuri juga memberitahu terpaksa menjalani penggambaran selama bertahun-tahun kerana jadual yang tidak tersusun.

    “Ada filem yang disiapkan dalam tempoh bertahun kerana tiada perancangan.

    Kami hanya dapat jalan cerita tetapi tidak tahu bila penggambaran akan dijalankan.

    “Sekarang ini semua produksi mempunyai belanjawan mereka sendiri dan lebih tersusun.

    Semua persediaan telah dibuat sebelum pelakon masuk ke set penggambaran,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...