Demi kebaikan bersama

ROM – Penjarakkan sosial dapat memenuhi syarat oksimoron di Itali, di mana berjalan-jalan berpegangan tangan, mengucup pipi jiran sebagai tanda sapaan dan memegang kepala anak kecil merupakan sebahagian dari budaya.

Tetapi virus baharu telah mengubah konsep menghormati ruang peribadi bagi orang Itali yang gemar bersentuhan, termasuk Korea Selatan, Filipina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan penduduk yang padat di dunia.

Sama ada bertindak atas arahan kerajaan atau mengikut nasihat asas kesihatan, orang ramai menjarakkan diri mereka dengan orang lain untuk mengelakkan dari dijangkiti koronavirus. Peraturan baharu yang menyeru orang ramai untuk mengekalkan jarak satu atau dua meter untuk mencegah dari kemungkinan terdedah apabila orang yang dijangkiti batuk atau bercakap.

Penyakit COVID-19 menyebabkan gejala ringan dan sederhana bagi kebanyakan orang yang dijangkiti, tetapi gejala yang serius berkemungkinan besar terjadi kepada golongan berusia atau orang yang mempunyai masalah kesihatan. Majoriti dari mereka yang dijangkit telah sembuh.

Norma baharu tahap pemisahan yang boleh diterima menjadi bukti jelas mengenai pandemik apabila sekolah-sekolah, pusat-pusat membeli-belah, tempat-tempat sukan telah ditutup dan peluang untuk bertemu di tempat awam berkurangan. Di luar sebuah kedai senjata di California, sebuah pejabat pos di Hungary dan sebuah pasar membeli belah di Manila, beratur panjang dengan pelanggan berbaris pada jarak yang betul.

Mempraktikkan penjarakkan sosial pada kali pertama telah menyebabkan kekeliruan di kalangan pelanggan yang menunggu di luar pusat membeli-belah di Madrid. Beberapa orang berkeras, tetapi pelanggan tidak lama selepas itu mengetahui bahawa jika mereka ingin membuat pembelian, mereka terpaksa menunggu dalam barisan. Standard jarak yang selamat turut memberitahu betapa dekat nya manusia sesama sendiri sebelum ini. Jurnalis yang berada di sidang konferensi di Berlin duduk di kerusi yang mempunyai ruang yang jauh antara satu dengan yang lain. – AFP

Orang ramai mengekalkan jarak satu atau dua meter untuk mencegah dari kemungkinan terdedah kepada individu yang mungkin dijangkiti batuk atau semasa bercakap. – AFP