Demi keselesaan bersama

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada pengguna jalan raya bahawa pusing keliling baharu di Jalan Labu, Daerah Temburong akan mula beroperasi pada hari Khamis, 5 Mac mulai jam 9:30 pagi.

Menurut kenyataan JKR, di sini, beberapa perubahan hala tuju lalulintas telah dibuat menuju pusing keliling baharu ini bagi perjalanan lalulintas yang lebih efisien serta untuk keselamatan pengguna di persimpangan jalan.

Sehubungan itu, JKR turut mengingatkan kepada pengguna-pengguna jalan raya supaya akan dapat berhati-hati dan sentiasa mematuhi papan-papan tanda keselamatan lalulintas yang telah dipasang di kawasan berkenaan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.