Demi Lovato jual rumah A$8.25 juta

Penyanyi terkenal antarabangsa Demi Lovato akhirnya menjual rumah agam miliknya di Hollywood Hills, California, Amerika Syarikat iaitu lokasi dia ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah secara berlebihan.

Menerusi laporan Variety, Demi, 27, mengalami sedikit kerugian pada hartanah itu namun dapat menjualnya dengan nilai A$8.25 juta (RM35.3 juta).

Pada 2016, penyanyi lagu Skyscraper ini membeli rumah seluas 5,600 kaki persegi itu dengan harga A$8.3 juta (RM35.5 juta).

Sumber dari Variety turut melaporkan pembeli rumah tersebut ialah Sam Jordan, anak lelaki kepada ejen hartanah terkenal iaitu Wayne Jordan dan aktivis kemanusiaan Quinn Delaney.

“Demi tak pernah pulang ke rumah itu malah bekerja keras untuk cepat sembuh daripada kejadian yang menimpanya di sana,” kata sumber tersebut.

Pada mulanya Demi mengiklankan rumah tersebut dengan harga sekitar A$9 juta (RM36 juta) pada 2018 namun ia tidak terjual.

Dia kemudian menyewakannya dengan harga $39,500 (RM168,684) sebelum ia dijual kepada Sam. – Agensi

Demi Lovato akhirnya menjual rumah agam miliknya di Hollywood Hills, California, Amerika Syarikat.- Agensi