Demi Lovato rayu Trump jadi pemimpin bijaksana

Penyanyi terkenal antarabangsa Demi Lovato meminta Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadi pemimpin bijaksana yang sangat diperlukan negara itu ketika pergolakan sosial dan protes keganasan polis yang sedang berlaku.

Melalui Instagram, Demi, 27, secara langsung memberi mesej kepada Trump dan meminta presiden itu menjalankan tugasnya sebagai pemimpin negara itu, bukan meningkatkan kerusuhan rusuhan sosial antara penguat kuasa dan penunjuk perasaan.

“Donald Trump, jadilah pemimpin yang kami perlukan. Saya mohon kepada awak kerana awak presiden kami sehingga bulan November, kemudian awak perlu terima akibat dari tindakan awak untuk berdiam diri dan kurang sikap kepimipinan,” tulisnya.

Tunjuk perasaan besar-besaran yang berlaku di negara itu bermula berikutan kes kematian George Floyd di Minneapolis pada 25 Mei lalu.