Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

Demi mangsa gempa bumi

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Bagi membantu meringankan beban mangsa gempa bumi di Republik Turkiye dan Republik Arab Syria, Pameran Seni Visual dan Bazar Amal untuk Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria telah diadakan bermula pada hari ini hingga 1 April nanti, bertempat di Kompleks Membeli-belah Mabohai.

Perasmiannya yang telah diadakan pada hari ini dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Pameran tersebut yang bertemakan Seniman Peduli dianjurkan oleh Zakaria Omar Art Foundation.

Ia adalah projek kemanusiaan manifestasi seniman negara terhadap kesengsaraan dan penderitaan rakyat Republik Turkiye dan Republik Arab Syria yang telah dilanda gempa bumi pada 6 Februari lalu.

Sehubungan itu, hasil daripada jualan yang diperolehi daripada pameran tersebut akan disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria.Pameran tersebut juga mengumpulkan pelukis tanah air bagi mempamerkan seni lukisan mereka.

Pada majlis perasmiannya, acara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Haji Syamsuri bin Haji Tuah, diikuti dengan tetamu kehormat merasmikan acara dengan menandatangani poster perasmian.

Yang Berhormat Pehin kemudiannya menerima cenderahati yang disampaikan oleh pengerusi majlis sebelum menyaksikan pameran lukisan-lukisan yang ada.

Beliau juga berkesempatan melibatkan diri mencalit warna pada salah satu kanvas lukisan.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi semasa melancarkan Pameran Seni Visual dan Bazar Amal yang diadakan di Kompleks Membeli-belah Mabohai.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua semasa melancarkan pameran tersebut.
Antara karya yang diketengahkan pada pameran tersebut.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -