Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Demi Moore bercinta dengan cef terkenal?

    Dalam diam, rupa-rupanya pelakon Demi Moore dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan cef terkenal iaitu Daniel Humm sejak beberapa bulan.

    Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu Demi dan Daniel tetap akan meluangkan masa bersama biarpun cef itu sibuk bekerja di restauran miliknya.

    “Mereka sangat mesra. Walaupun Daniel sibuk bekerja di restaurannya Eleven Madison Park, tapi mereka tetap ada masa untuk makan malam romantik bersama,” kata sumber.

    Pasangan itu buat pertama kalinya dilihat bersama ketika minggu fesyen Paris yang berlangsung baru-baru ini. Kisah cinta Demi menjadi perhatian selepas pendedahan bekas suaminya iaitu Bruce Willis yang mengidap penyakit aphasia dimaklumkan secara umum. – Agensi

    Demi Moore dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan cef terkenal iaitu Daniel Humm sejak beberapa bulan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...