Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Demimu wahai anak

    ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

     

    NOVEL Here and Gone karya penulis Haylen Beck adalah sebuah novel yang bertemakan saspens thriller, mengisahkan tentang pergelutan seorang ibu yang kasihkan anaknya, dan berjuang sedaya upayanya untuk mendapatkan kembali anak-anaknya daripada pihak berkuasa yang pecah amanah.

    Segala-galanya bermula apabila seorang wanita malang dalam pelarian merentas Arizona bersama anak-anaknya untuk menyelamatkan diri mereka daripada penderaan rumah tangga.

    Apabila dia ditahan di tepian jalan oleh sorang sheriff tempatan yang berkelakuan kurang menyenangkan, keadaan tiba-tiba menjadi lebih keruh apabila wanita itu kini berada di bawah tahanan.

    Apabila dia sampai dibawa ke balai, barulah dia sedar bahawa anak-anaknya tiada dibawa bersama-samanya, mereka telah hilang.

    Novel Here and Gone karya penulis Haylen Beck adalah sebuah novel yang bertemakan saspens thriller, mengisahkan tentang pergelutan seorang ibu yang kasihkan anaknya, dan berjuang sedaya upayanya untuk mendapatkan kembali anak-anaknya daripada pihak berkuasa yang pecah amanah.
    Novel Here and Gone karya penulis Haylen Beck adalah sebuah novel yang bertemakan saspens thriller, mengisahkan tentang pergelutan seorang ibu yang kasihkan anaknya, dan berjuang sedaya upayanya untuk mendapatkan kembali anak-anaknya daripada pihak berkuasa yang pecah amanah.

    Manakala pegawai-pegawai polis di balai tersebut mendakwa bahawa mereka tidak pernah melihat wanita itu bersama kanak-kanak, dan sekira benar dia bersama anak-anaknya, kehilangan mereka tentu sahaja berpunca daripada wanita itu sendiri yang dituduh melakukan sesuatu ke atas mereka.

    Manakala, di seberang desa, seorang lelaki telah mendengar mengenai perkhabaran mengenai kanak-kanak hilang yang diuar-uarkan.

    Kejadian tersebut sepertinya sangat serupa seperti apa yang pernah dialaminya dulu.

    Dengan masa yang semakin suntuk untuk mendapatkan semula kanak-kanak yang hilang itu, lelaki tersebut tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan demi mencari keberadaan mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda