Thursday, July 17, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Demokrasi perlu diselaraskan dengan persekitaran sosial, emosi

    PUTRAJAYA, 6 Ogos – Tuntutan untuk mengamalkan doktrin-doktrin demokrasi secara mutlak mesti diselaraskan dengan persekitaran sosial dan emosi agar sistem demokrasi dapat mencapai manfaat optimum, kata bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Prof Datuk Dr Firdaus Abdullah.

    Beliau berkata dalam konteks masyarakat berbilang kaum di negara ini, hak sejarah dan tradisi kepemimpinan Bumiputera yang digabungkan dengan pengiktirafan terhadap hak asasi dan kemanusiaan bukan Bumiputera, mestilah diseimbangkan dan tidak diubah secara radikal demi meneruskan kestabilan negara.

    “Semangat ‘Demokrasi Berparlimen’ yang pada teorinya memberi hak sama rata kepada setiap warganegara, perlu dikawal dan diseimbangkan dengan ‘kedaulatan Raja Berperlembagaan’ yang menjadi sauh kepada kestabilan yang berurat tunjang pada tradisi,” katanya pada sesi dialog sempena Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di sini hari ini.

    Firdaus berkata rahsia kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang sejak mencapai kemerdekaan sangat bergantung kepada keupayaannya mewujudkan kesimbangan antara unsur tradisi dan moden, di samping mempertahankan yang asal dan asas sambil menyerap yang baharu dan luaran secara terpilih. Menurutnya konsep Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan yang diamalkan Malaysia adalah penyelesaian terbaik kepada ‘dilema demokrasi’ yang adalah mustahil untuk diamalkan dengan sempurna secara mutlak. – Bernama

    Prof Datuk Dr Ismail Ibrahim (tengah) menjadi moderator pada sesi pembentangan yang bertajuk Institusi Raja Sebagai Pasak Negara yang akan diberi hujan oleh para panelis yang terdiri dari Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz (kiri), Prof Datuk Firdaus Abdullah (dua kiri), Datuk Wan Ahmad Faizi Wan Husain (dua kanan) dan Tan Sri Dr Rais Yatim (kanan) pada Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di sebuah hotel terkemuka kelmarin. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda