Demokrat Arizona kejutkan Republikan

LOS ANGELES, 9 Nov – Persaingan bagi Senat Amerika Syarikat (AS) yang telah dimenangi oleh calon Republikan telah berubah dan berpihak kepada pesaingnya dari Demokrat pada malam kelmarin, menurut keputusan rasmi.

Dengan kesemua undian telah dikira daripada pilihan raya, ahli Kongres Demokrat, Kyrsten Sinema berada di depan dengan 932,870 undi mengatasi pesaingnya yang memperoleh 923,260, ahli Kongres Republikan, Martha McSally, yang terkenal kerana menjadi juruterbang wanita pertama Amerika ketika bertempur.

Pengiraan semula dilihat akan berlaku di mana ia masih memiliki undi sementara dan tidak hadir.

Apabila beliau mengumumkan bagi pencalonan Senat AS, McSally mengorak langkah dengan misi baharu iaitu membuatkan dirinya diterima oleh Presiden Donald Trump, pada dasarnya mengeluarkan dua ekstremis yang boleh menjejaskan peluang parti jika salah seorangnya merebut pencalonan.Selain pilihan raya Arizona, dua lagi persaingan Senat masih belum terjawab. – AFP

Kyrsten Sinema semasa menghadiri perlawanan antara Utah Utes dan Arizona State Sun Devils di Stadium Sun Devil pada 3 November lalu. Sinema berada di depan dengan 932,870 undi mengatasi ahli Kongres Republikan. – AFP