Demokrat AS lancar siasatan penyingkiran

WASHINGTON, 17 MEI – Demokrat Kongres kelmarin melancarkan siasatan terhadap penyingkiran pemerhati kerajaan Presiden Donald Trump yang ‘bermotifkan politik’ yang dipercayai sedang menyiasat Setiausaha Negara, Mike Pompeo.

Pengumuman itu dibuat selepas Trump memberitahu Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Nancy Pelosi, pada Jumaat lalu bahawa beliau merancang untuk memecat Ketua Polis Negara, Steve Linick.

Ini merupakan penyingkiran mendadak yang dilakukan Trump dari seorang pegawai yang ditugaskan untuk memantau salah laku dan penyalahgunaan kerajaan sejak April lalu, dan mendapat kritikan termasuk daripada parti beliau sendiri.

“Pemecatan beberapa orang Inspektor Jeneral yang tidak pernah berlaku sebelum ini; melakukannya tanpa tujuan yang baik dan untuk kepentingan mereka sendiri,” kata ahli Republikan, Mitt Romney, menerusi Twitter.

Dua orang ahli tertinggi Demokrat – Senator, Bob Menendez dan ahli kongres, Eliot Engel – berkata dalam kenyataan mereka ‘menentang pemecatan tersebut yang berunsurkan politik’.

Inspektor jeneral, Steve Linick memberi keterangan ketika di Capitol Hill, Washington DC. Kongres Demokrat melancarkan siasatan terhadap penyingkiran pemerhati kerajaan Presiden Donald Trump yang dipercayai telah menyiasat Setiausaha Negara, Mike Pompeo.- AFP04

Penggubal undang-undang berkata Linick nampaknya ‘telah membuka siasatan yang dilakukan oleh Setiausaha Pompeo sendiri,’ dan mengatakan pemecatan itu ‘dirancang secara telus untuk melindungi Pompeo dari dipertanggungjawabkan dan mungkin merupakan tindakan pembalasan haram’.

Seorang pembantu kongres Demokrat, yang tidak menyebutkan namanya, berkata bahawa Linick sedang meneliti aduan bahawa Pompeo secara salah menggunakan pelantikan politiknya untuk melakukan tugas peribadi bagi dirinya sendiri dan isterinya, Susan.

CNN, memetik seorang pegawai kanan Jabatan Negara, melaporkan bahawa Pompeo sendiri telah mengesyorkan pemecatan itu dan memilih Stephen Akard, pembantu kepada Naib Presiden Mike Pence, untuk menggantikan Linick.

Menurut undang-undang, pentadbiran mesti memberi kongres notis 30 hari rancangan mereka untuk menamatkan khidmat inspektor jeneral, secara teori memberikan masa kepada penggubal undang-undang untuk mengkaji langkah mereka – dan membantah jika dibenarkan. – AFP