Friday, December 2, 2022
23.8 C
Brunei

-

Demokrat kekal kuasai Senat AS

WASHINGTON, 13 NOV – Parti Demokrat pimpinan Presiden Joe Biden kekal mengawal Senat Amerika Syarikat (AS) semalam, keputusan pilihan raya pertengahan penggal yang menakjubkan apabila mengatasi ramalan kemenangan Republikan dalam Kongres.

Senator Demokrat AS, Catherine Cortez Masto memenangi pemilihan semula di Nevada, sekali gus memberikan parti 50 kerusi yang diperlukan untuk mengekalkan majoriti kuasa.

Menerusi kemenangan Masto selepas Senator Demokrat, Mark Kelly memenangi pemilihan semula di Arizona lewat Jumaat lalu, Demokrat akan mengawal sekurang-kurangnya 50 kerusi Senat, dengan Naib Presiden, Kamala Harris boleh menjadi penentu dalam Dewan seramai 100 ahli.

Dewan Negara terbahagi 50-50 antara Demokrat dan Republikan. Ahli Senat yang baru dipilih akan mengangkat sumpah pada 3 Januari.

Jika Senator Demokrat, Raphael Warnock memenangi pilihan raya di Georgia pada 6 Disember menentang pencabar Republikan, Herschel Walker, ia akan mengembangkan majoriti Demokrat kepada 51-49.

Keputusan bagi Senator Demokrat, Joe Manchin di Virginia Barat dan Kyrsten Sinema di Arizona adalah undi yang boleh menyekat atau menangguhkan beberapa inisiatif utama Biden, termasuk pelaksanaan beberapa program sosial. – AFP

Presiden Joe Biden tersenyum ketika beliau bercakap mengenai kawalan Demokratik dalam Senat sebelum meninggal hotelnya untuk menghadiri siding kemuncak ASEAN di Phnom Penh, kelmarin. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -