Tuesday, October 4, 2022
27.6 C
Brunei

Demonstrasi aman di Jakarta tuntut layanan baik migran Indonesia

-

JAKARTA, 9 OGOS – Kira-kira 16 ahli Koalisi Buruh Migran Berdaulat (KBMB) hari ini mengadakan demonstrasi aman di hadapan kompleks Kedutaan Malaysia di Kuningan di sini berhubung layanan terhadap tenaga kerja Indonesia di Malaysia.

Mereka menuntut supaya jawatankuasa siasatan bebas bersama Malaysia-Indonesia dibentuk bagi menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi tenaga kerja Indonesia di Malaysia selain layanan serta kemudahan bagi migran di Depot Tahanan Imigresen Tawau, di Sabah ditingkatkan.

Mereka yang berkumpul selama tiga jam sejak pukul 10 pagi bersama sepanduk juga menggesa kerajaan Indonesia mengkaji punca berlakunya kemasukan tenaga kerja warganya ke Malaysia tanpa dokumen serta melalui laluan tidak sah.

Wakil KBMB Harold Aron yang melawat Depot Tahanan Imigresen di Tawau dari 19-22 Julai lepas mendakwa keadaan di depot itu masih buruk dengan pelbagai bentuk perlakuan layanan yang tidak menyenangkan masih berlaku dan boleh menyebabkan jumlah kematian tahanan meningkat.

Harold berkata KBMB menyertai lawatan ke depot tahanan itu bersama Pengarah Perlindungan Rakyat Warga Negara Indonesia dan Bantuan Guaman Indonesia di Kementerian Luar Negeri, Konsulat Republik Indonesia Tawau, dan Badan Pelindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI) Nunukan.

Pada Julai lalu, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam penjelasannya berkata pengurusan depot imigresen Malaysia menepati piawaian dan standard ‘The Mandela Rules’ serta memberi layanan baik kepada semua tahanan termasuk tahanan Indonesia. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -