Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Denda $200 akibat longgok sampah di kawasan awam

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jan – Sebuah kedai runcit di kawasan Kampung Batong, Mukim Pengkalan Batu, dikenakan denda kompaun sebanyak $200 setelah melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil Bab 12 (1) (a) iaitu meletakkan, melonggokkan atau mencampakkan sampah atau barang lain di kawasan awam.

    Kompaun berkenaan dikeluarkan oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara melalui Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan dan mengarahkan syarikat atau kedai berkenaan untuk menjelaskan kompaun berkenaan dalam tempoh seminggu untuk menjelaskannya.

    Jika tidak menjelaskan denda tersebut, kedai berkenaan akan diambil tindakan undang-undang.

    Jabatan Daerah Brunei dan Muara dalam kenyataannya turut mengingatkan orang ramai supaya akan dapat menjaga kebersihan alam persekitaran dan menyemai sikap bertanggungjawab demi menjaga keindahan alam sekitar lebih-lebih lagi kawasan awam yang sering dikunjungi orang ramai.

    Sampah-sarap yang dilonggokkan di kawasan awam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda