Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Mahkamah Majistret hari ini telah memerintahkan seorang lelaki tempatan membayar denda $5,500 kerana memiliki rokok seludup.
Aznankheen Song bin Muhamad Azlan, 20, terpaksa menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan selepas dia mengaku bersalah memiliki enam karton dan lapan paket rokok pelbagai jenama.
Pendakwa kastam memaklumkan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid bahawa defendan didapati memiliki rokok tersebut di sebuah rumah di Jalan Teripas, RPN Panaga Seria pada pukul 4:38 petang, 27 Disember tahun lalu semasa pemeriksaan dijalankan oleh pegawai pencegahan kastam.