Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Denda $64,000 miliki barangan tegahan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Sept – Seorang lelaki warga Malaysia dikenakan denda $64,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan memiliki minuman keras dan berbagai jenis rokok yang tidak diisytiharkan kepada pihak kastam.

    Jika gagal membayar denda, Sii Pang Cheh, 43, diarahkan oleh Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman untuk menjalani hukuman penjara selama 12 bulan.

    Sii Pang Cheh didakwa memiliki 24 botol arak, dua tin minuman keras dan 57 karton rokok di dalam keretanya ketika pemeriksaan dijalankan oleh pegawai kastam di Pos Kastam Kuala Lurah, kira-kira jam 5:22 petang pada 10 September 2017.

    Majistret Azrimah memerintahkan kesemua barang seludup itu diserahkan kepada kerajaan untuk dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda