Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Denda ‘satu juta bankuet’

    HONG KONG, 16 MEI – Satu serbuan ke atas parti hari jadi ketua kongsi gelap Hong Kong telah mendorong polis mengeluarkan denda lebih HK$1 juta (AS$127,388) kerana melanggar peraturan ketat koronavirus bandar itu, dedah laporan rasmi dan media tempatan hari ini.

    Satu denda terbesar telah dikeluarkan pada malam minggu tersebut apabila pegawai antikongsi gelap menyerbu sebuah restoran di mana sekitar 219 orang telah berkumpul – 10 kali lebih ramai daripada had yang dibenarkan iaitu 20 orang bagi satu bankuet.

    Polis melaporkan semua yang hadir telah dikeluarkan denda selepas operasi diketuai ejen perisikan menjalankan serbuan di daerah itu.

    Media tempatan menggelar serbuan itu ‘satu juta bankuet’ kerana denda dikenakan berjumlah HK$5,000 dan jumlah keseluruhannya mencecah HK$1,095,000 (AS$140,000).

    Bulan lalu polis mendedahkan kepada penggubal undang-undang yang mereka telah mengeluarkan denda hampir HK$90 juta kepada lebih 21,600 orang kerana melanggar peraturan COVID dalam 11 bulan pertama pada tahun akhir kewangan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...