Dendias gesa gantung perjanjian kesatuan kastam EU dengan Turki

ATHENS, 20 OKT – Menteri Luar Greece, Nikos Dendias menulis se-pucuk surat kepada Persatuan Eropah meminta agar menimbangkan untuk mengantungkan perjanjian kesatuan kastam EU dengan Turki, menurut laporan agensi berita Greece, ANA hari ini.

Dendias menulis surat kepada Pesuruhjaya Eropah bagi Kejiranan dan Peluasan, Oliver Varhelyi, menyaran dia menilai dan mempertimbangkan perkara ini sebagai tindak balas kepada Turki kerana berulang kali melanggar perjanjian, menurut agensi itu.

Semasa pemerintahan Presiden Recip Tayyip Erdogan, Turki menjadi negara yang semakin berkuasa di rantau tersebut dan kini semakin tegang dengan Greece dan Cyrpus mengenai simpanan minyak dan gas di timur Mediterranean.

Pada Ogos lalu, Turki menghantar kapal eksplorasi gas ke perairan yang didakwa dimiliki oleh Greece di selatan pulau Kastellorizo. Kapal tersebut menghabiskan masa hampir sebulan sebelum dipanggil balik pada awal September.

Pada penghujung sidang kemuncak minggu lalu, pemimpin EU pada Jumaat membidas ‘tindakan sepihak dan provokasi’ Turki di Mediterranean.

Blok memberi amaran kepada Ankara bahawa mereka akan mempertimbangkan sekatan pada sidang kemuncak yang akan datang pada Disember jika Turki tidak mengubah dasar mereka.– AFP