Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dendrophylax lindenii, penampilan orkid penuh misteri

    SPESIES orkid dengan nama saintifik dendrophylax lindenii ini lebih terkenal dengan gelaran ‘orkid hantu’ kerana rupa bentuknya seakan-akan lembaga putih.

    Perkataan ‘lindenii’ diambil sempena pengumpul dan penyelidik tumbuhan warga Belgium, Jean Jules Linden yang menemui orkid berkenaan pada 1844 di Cuba.

    Tumbuhan togel dengan banyak rangkaian akar fotosintesis pada batang pokok itu serasi dengan habitat lembap atau di hutan paya seperti tenggara Florida dan kepulauan Caribbean antaranya, Cuba.

    Tumbuhan orkid ini yang matang biasanya dibentuk daripada akar hijau yang rata dan seakan tali.

    Spesies tumbuhan ini dikatakan terancam di hutan selain sukar untuk ditanam. Namun, sesetengah pakar orkid berjaya membesarkan benih dalam tanaman induk melalui kaedah steril.

    Dendrophylax lindenii memiliki penampilan yang unikdan misteri seperti lembaga putih.
    Dendrophylax lindenii memiliki penampilan yang unikdan misteri seperti lembaga putih.

    Orkid jenis ini tidak dapat menerima air yang mengandungi tahap garam yang tinggi kerana ia mampu mengakibatkan akar pupus dari hujungnya.

    Pendedahan kepada air paip berklorin juga akan membunuh tumbuhan ini dengan hujung akar kelihatan kuning dan terus melarat hingga ke batang.

    Tanaman yang sihat lazimnya memperlihatkan akar hijau terang pada hujung akar sebagai petanda ia berada dalam keadaan pertumbuhan aktif.

    Akar tumbuhan itu mampu terus berkembang sekiranya terdedah dengan cahaya terang selain pembajaan dan pemberian air yang mencukupi.

    Kunci untuk orkid jenis ini tumbuh mekar dengan cepat adalah dengan memastikan akar berada dalam keadaan lembap setiap masa dan pembajaan berkala.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda