Denggi jangkiti lebih 4,000 orang, 9 kematian di Laos

VIENTIANE, 7 OGOS – Sejumlah 4,455 kes demam denggi direkodkan di seluruh Laos semenjak Januari manakala sembilan kematian direkodkan, menurut Kementerian Kesihatan Laos.

Pusat Maklumat dan Pendidikan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Laos dalam kenyataan dikeluarkan hari ini menjelaskan jumlah tertinggi pesakit denggi dilaporkan di ibu negara Laos, Vientianne dengan 1,017 kes, manakala 523 kes di wilayah Bolikhamxay dan 457 di wilayah Vientiane.

Sembilan kematian masing-masingnya adalah empat orang di Vientiane, dua di Bolikhamxay dan masing-masing satu di Khammuan, Xayaboury dan Xieng Khuang. – Xinhua