Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Denmark batal hampir semua sekatan COVID-19

    COPENHAGEN, DENMARK, 1 FEB – Pada hari ini, Denmark menjadi salah sebuah negara Kesatuan Eropah (EU) pertama yang membatalkan kebanyakan sekatan pandemik kerana negara Scandinavia itu tidak lagi menganggap wabak COVID-19 sebagai ‘penyakit kritikal sosial’.

    Alasan perkara tersebut dilaksanakan ialah kerana ketika varian Omicron menular di Denmark, ia tidak memberikan bebanan yang berat pada sistem kesihatan dan negara mempunyai peratus vaksinasi yang tinggi, kata pegawai.

    Sejak beberapa minggu lalu, Denmark mempunyai purata lebih 50,000 kes harian sementara jumlah pesakit berada dalam unit rawatan rapi (ICU) berkurangan.

    Ketua pihak berkuasa kesihatan Denmark, Soren Brostrom, memberitahu penyiaran TV2 bahawa perhatiannya tertumpu pada bilangan pesakit yang berada di ICU, bukannya jumlah jangkitan. Dia berkata jumlah itu telah ‘menurun dan sangat rendah’. Beliau berkata 32 daripada pesakit koronavirus berada di ICU. Beberapa minggu lalu, ia meningkat kepada 80 kes.

    Sekatan yang paling ketara dibatalkan ialah pemakaian pelitup muka, yang tidak lagi diwajibkan di pengangkutan awam, kedai dan pelanggan di kawasan dalaman restoran.

    Pihak berkuasa hanya mengesyorkan penggunaan pelitup muka di hospital, tempat kemudahan kesihatan dan rumah penjagaan.

    Satu lagi sekatan yang tidak lagi diperlukan ialah pas digital yang digunakan untuk memasuki kelab malam, kafe, bas dan untuk duduk di dalam restoran. – AP

    Perdana Menteri Denmark semasa menghadiri sidang media koronavirus pada 26 Januari lalu di Copenhagen. Denmark menjadi salah sebuah negara EU pertama yang membatalkan kebanyakan sekatan pandemik. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...