Denmark gantung sepenuhnya vaksin AstraZeneca

COPENHAGEN, 14 APRIL – Denmark mengumumkan semalam ia akan berhenti menggunakan vaksin AstraZeneca sepenuhnya, menjadi negara Eropah pertama yang berbuat demikian disebabkan kesan sampingan serius yang ditimbulkan oleh vaksin berkenaan.

Meskipun cadangan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan badan pengawas ubat-ubatan Eropah meminta inokulasi vaksin diteruskan, ‘Kempen vaksinasi Denmark akan diteruskan tanpa vaksin AstraZeneca,” beritahu pengarah Pihak Berkuasa Kesihatan Soren Brostrom pada sidang media.

Denmark menjadi negara pertama di Eropah yang menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca dalam kempennya, selepas laporan kes pembekuan darah yang serius di kalangan mereka yang telah menerima vaksin itu.

Lebih puluhan negara menyusul namun hanya beberapa negara yang telah meneruskan penggunaan selepas Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) menekankan faedah vaksin dan menganggapnya selamat dan berkesan.

Bagaimanapun, Denmark telah menangguh penggunaan vaksin tatkala ia menjalankan siasatannya sendiri.

Sejak menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca pada Mac, Denmark telah meneruskan dengan suntikan Pfizer/BioNTech dan Moderna.

Penggantungan AstraZeneca menunda pelan pengeluaran vaksin negara, namun pihak berkuasa kesihatan berkata dalam satu kenyataan bahawa vaksin lain yang tersedia bergabung dengan pandemik yang terkawal buat masa ini bermakna kempen inokulasi akan diteruskan tanpa AstraZeneca. – AFP

Gambar fail menunjukkan bebuli kosong vaksin AstraZeneca di pusat vaksinasi koronavirus di stadium WandaMetropolitano di Madrid. Denmark mengumumkan ia akan berhenti menggunakan vaksin AstraZeneca sepenuhnya. – AFP