Sunday, March 26, 2023
24.5 C
Brunei

-

Denmark hasrat ‘pam’ gas CO2 ke dasar laut

COPENHAGEN, DENMARK, 8 MAC – Denmark hari ini merasmikan projek ‘mempam’ kuantiti besar gas karbon dioksida yang menyebabkan pemanasan planet ke dasar laut.

Konsortium syarikat antarabangsa itu menyatakan projek Greensand di Laut Utara Denmark akan melaksanakan projek penyimpanan CO2 rentas sempadan pertama di dunia.

Pada awalnya, ia akan mencatatkan 1.5 juta tan metrik gas rumah hijau yang terkubur dalam bekas simpanan pasir batu 1.8km di bawah dasar laut setiap tahun, meningkat 8 juta tan setahun menjelang 2030.

Dalam laporan baru-baru ini, Panel Antara Kerajaan PBB tentang Perubahan Iklim menyatakan teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon harus menjadi sebahagian daripada pelbagai penyelesaian untuk mengurangkan dan mengawal suhu global.

Namun, pengkritik menyatakan bahawa penangkapan dan penyimpanan karbon di dasar laut menggunakan teknologi tersebut belum terbukti dan menggugat usaha-usaha untuk mengurangkan karbon yang dihasilkan oleh sektor tenaga.

Projek itu dipimpin oleh syarikat besar kimia, INEOS dan pengeluar gas dan minyak Wintershall Dea. – AP

Putera Denmark Frederik (tengah), Pengerusi Eksekutif Tenaga INEOS, Brian Gilvary, (kiri), dan Menteri Iklim, Tenaga dan Utiliti, Lars Aagaard, semasa pelancaran Projek Greensand di Esbjerg, Denmark. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -