Denmark lancar ‘pas korona’

COPENHAGEN, 6 APRIL – Denmark hari ini mula mewajibkan orang ramai untuk menggunakan sijil COVID-19 baharu untuk memasuki perniagaan tertentu atau dikenakan denda, salah sebuah negara Eropah pertama untuk berbuat demikian.

Sijil ‘pas korona’ mengesahkan bahawa seseorang itu sama ada sudah menerima vaksin penuh, diuji negatif dalam 72 jam lalu atau diuji positif dua minggu sebelumnya, mereka telah menerima vaksin, diuji negatif dalam tempoh 72 jam sebelum itu, atau diuji positif dalam tempoh dua hingga 12 minggu sebelum ini, memberikan imuniti terhadap virus.

“Saya melakukan ujian pada Sabtu, jadi ia masih sah sehingga petang esok dan saya semakin terbiasa dengan menjalani ujian setiap minggu atau beberapa kali dalam tempoh sehari, ia tidak menyusahkan malah menyenangkan bagi saya,” kata Rune Hojsgaard memberitahu AFP.

Pernille Nielsen, pengurus salon berkata, “Ia terasa bagus untuk akhirnya kembali. Kami sudah lama menantikan pembukaan ini maka kami mematuhi apa sahaja untuk membolehkan kami membuka semula perniagaan.”

“Jika ia memerlukan satu pas korona, maka kami perlu melakukannya dan berharap ia akan berakhir,” Nielsen memberitahu AFP. Sementara kebanyakan menggunakan aplikasi telefon pintar, pas berbentuk pasport korona itu tersedia dalam bentuk kertas dan dijadualkan siap pada Mei kelak.

Denmark adalah salah sebuah negara pertama Eropah untuk melaksanakan pas itu itu, sementara suruhanjaya Eropah bersedia untuk pas ‘hijau’ digital bagi membolehkan mereka membuat perjalanan di kawasan Schengen.

Versi Denmark tidak akan digunakan terus, tetapi akses kebenaran diberikan kepada tukang gunting rambut, salon kecantikan dan sekolah memandu. – AFP