Denmark mahu ulangi sejarah 1992

MOSCOW, 13 Jun – Dua sebab utama kenapa Denmark tidak patut diperkecilkan dalam saingan Piala Dunia.

Pertama, ingat 1992? Pasukan Denmark menjuarai Kejuaraan Eropah, dikatakan bahawa mereka bermain di kejohanan itu selepas Yugoslavia disingkirkan sementara negara itu dilanda perang saudara. Ia kekal menjadi salah satu daripada kejuaraan yang ganjil dalam bola sepak antarabangsa.

Kedua, Christian Eriksen. Dengan pemain perancang dibahagian tengah dalam keadaan cergas, Denmark percaya segalanya tidak mustahil. Eriksen merupakan salah seorang bintang yang menonjol di Liga Perdana Inggeris bersama Tottenham dan menjaringkan 11 gol dalam kelayakan Piala Dunia, di belakang Cristiano Ronaldo dan Robert Lewandowski dalam zon Eropah.

Ini merupakan penampilan kelima Denmark dalam Piala Dunia dan pasukan berjaya mengatasi peringkat kumpulan dalam tiga daripada empat kejohanan sebelum ini dan mara ke peringkat suku akhir pada 1998.

Pasukan Denmark menuju ke Rusia sebagai satu unit yang mantap: Mereka dalam kedudukan ke-12 dalam ranking FIFA, menjadikan mereka pasukan yang kelapan terbaik di Eropah pada masa ini.

Age Hareide (kanan) bersama penolong jurulatih semasa sesi latihan pasukan kebangsaan Denmark di Stadium Broendby baru-baru ini. – AFP

Jurulatih

Age Hareide menghabiskan masa 33 tahun dalam karier kejurulatihan di Scandinavia, termasuk lima tahun mengendalikan pasukan tanah air. Jurulatih berusia 64 tahun dari Norway menggantikan jurulatih Denmark, Morten Olsen selepas kegagalan pasukan itu layak ke Kejuaraan Eropah 2016.

Dia merasa gembira kerana mengetahui bahawa taktiknya berhasil untuk memberikan bola kepada Eriksen.

Penjaga gol

Bagi posisi penjaga gol, semasa karier awal Kasper Schmeichel, dia akan dirujuk sebagai anak kepada penjaga gol Denmark dan Manchester United, Peter Schmeichel.

Dia kini menempah nama dalam sejarah bola sepak bersama pasukan Leicester dan menjuarai Liga Perdana pada 2016.

Sehubungan dengan itu, Kasper Schmeichel kini telah menjadi pilihan pertama Denmark, dia seorang penjaga gol yang bagus seperti yang dilakukan oleh ayahnya dan juga berkebolehan menyusun barisan pertahanan.

Barisan pertahanan

Simon Kjaer merupakan ketua pasukan dan nadi utama di bahagian pertahanan di mana dia mempunyai kebolehan di udara dan pembacaan corak permainan. Pewaris utamanya mungkin Andreas Christensen yang berjaya menempah nama dalam pasuakn Chelsea musim ini dan mengambil tempat David Luiz dari Brazil.

Namun, kebimbangan timbul mengenai kerapuhan Christensen terutama sekali bermain dengan empat pemain di bahagian pertahanan, tidak seperti di Chelsea di mana dia bermain sebagai penyambut tetapi dia sangat selesa dengan bola dan keyakinannya membawa bola dari bahagian pertahanan.

Barisan tengah

Eriksen menjadi perancang utama di bahagian tengah, pemain yang dimahukan oleh Hareidi mencari ruang sama ada di bahagian tengah atau tepi. Berumur 18 tahun semasa penampilan dalam Piala Dunia 2010.

Eriksen hanya membuat dua penampilan, kedua-duanya sebagai pemain ganti pada tahun itu dan tidak beraksi dengan baik semasa saingan Euro 2010.

Kini dia berada di tahap kemuncak kariernya dan banyak yang akan dijangkakan darinya di Rusia. Sepakan percuma, rembatan jarak jauh, kadar kerja, visi, Eriksen mempunyai banyak kebolehan.

Dan Hariedi tahu, baru-baru ini berkata: “Apabila kami mengawal bola, perkara utama adalah memberikan kepada Christian.” Itu yang berlaku semasa perlawanan playoff menenteng Ireland apabila Eriksen mencatat hatrik di Dublin.

Eriksen memiliki pemain berkebolehan di sekelilingnya, terutama sekali pemain sayap Pione Sisto dan Lasse Schone. Sementara William Kvist akan menjadi tekong di bahagian tengah dan mempunyai pengalaman antarabangsa lebih sedekad.

Barisan penyerang

Di bahagian serangan, Denmark tidak mempunyai pemain penyerang yang prolifik di peringkat tertinggi. Nicolai Jorgensen bermula dengan baik bersama Feyenoord dalam permulaan musim tetapi agak berkurangan sejak tahun baru. Sementara Kasper Dolberg menjadi tumpuan dan beraksi dengan mantap bersama Ajax musim lepas tetapi musim ini diketepikan kerana mengalami kecederaan dan tumpul untuk Piala Dunia.

Andreas Cornelius juga tersenarai dalam skuad sementara Nicklas Bendtner terlepas kerana bimbang dengan tahap kecergasannya. Hareide mungkin akan bermain dengan penyerang tunggal dan bergantung kepada jaringan menerusi pemain tengah.

Perlawanan kumpulan

Berpangkalan di Krasnodar, Denmark membuka tirai Kumpulan C menentang Peru pada 16 Jun sebelum menentang Australia pada 21 Jun dan Perancis pada 26 Jun. – AP