Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Denmark sedia biayai kesan perubahan iklim

    LONDON, 21 SEPT – Denmark pada Selasa berikrar di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York untuk menjadi negara pertama yang menyediakan pembiayaan kepada negara membangun yang mengalami ‘kerugian dan kerosakan’ akibat gangguan iklim, lapor Anadolu.

    Semasa satu mesyuarat kementerian di luar Perhimpunan Agung di New York City, negara itu berikrar untuk memberikan 100 juta Denmark (lebih AS$13 juta) dalam bentuk pampasan sebagai sebahagian daripada bantuan iklimnya bagi membantu mangsa-mangsa iklim di negara membangun untuk pulih.

    Menteri Pembangunan Denmark, Flemming Moller Mortensen berkata adalah ‘sangat tidak adil apabila golongan termiskin di dunia paling menderita akibat perubahan iklim,’ sedangkan mereka paling sedikit menyumbang kepada krisis itu.” – Bernama

    Sebuah kenderaan melintasi dasar tasik yang kering dalam perjalanan ke Boulder harbor di Tasik Mead yang kering di Bandar Boulder, Nevada. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...