Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Denmark tawar dos keempat

    COPENHAGEN, 22 JUN – Di tengah-tengah kemunculan varian baharu, kerajaan Denmark kelmarin berkata negara itu akan mula menawarkan dos keempat vaksin COVID kepada kumpulan berisiko pada minggu hadapan dan semua yang berusia lebih 50an mulai 1 Oktober.

    “Pihak berkuasa percaya varian baharu itu lebih menular daripada yang sebelumnya, itulah sebabnya kami bertindak sekarang… untuk melindungi warga tua dan golongan rentan,” kata Perdana Menteri Mette Frederiksen kepada pemberita.

    Subvarian Omicron BA.5 kini menyumbang 59 peratus daripada kes baharu di Denmark, yang telah mencatatkan lebih 3.1 juta jangkitan sejak permulaan wabak di negara dengan 5.8 juta orang penduduk itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...