Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Depot bahan api terbakar di Rusia

    MOSCOW, 3 MEI – Kebakaran besar berlaku di depot bahan api di selatan Rusia berhampiran semenanjung Laut Hitam Crimea, kata pihak berkuasa Rusia pada hari ini.

    Menurut laporan media, sebuah tangki yang mengandungi 20,000 meter padu bahan api terbakar.

    “Sebuah takungan bahan api terbakar di kampung Volna di daerah Taman,” kata gabenor wilayah selatan Rusia, Krasnodar Veniamin Kondratyev di Telegram pada Rabu, lapor dpa.

    Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

    Kawasan berhampiran penempatan Volna merupakan lokasi terminal besar minyak dan produk minyak, yang kemudiannya dihantar merentasi Laut Hitam.

    Asap dan api boleh dilihat sehingga ke semenanjung Crimea.

    Kebakaran ketika ini meliputi kawasan seluas 1,200 meter persegi, kata ketua pentadbiran daerah, Fyodor Babenkov yang menambah pasukan bomba sedang berusaha untuk mengawal api daripada merebak ke tangki lain.

    Punca kebakaran belum dapat dipastikan. – Bernama

    Gambar serahan Perkhidmatan Media Kementerian Kecemasan Rusia menunjukkan anggota bomba bekerja di depot minyak berdekatan Taqman di rantau Krasnodar kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...