Derita mental, cuba bakar diri ketika Solat Hari Raya

TIRANA, ALBANIA, 13 MEI – Seorang lelaki cuba membakar dirinya ketika Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di ibu negara Albania, Tirana, kata polis hari ini.

Mereka mengatakan seorang lelaki berusia 40 tahun hanya dikenali sebagai B.G. telah menuangkan petrol ke atas dirinya dan memasuki dataran Skanderbeg.

Jemaah Muslim yang bersembahyang di dataran tersebut menghalangnya dan polis membawanya pergi, sambil menambah mereka sedang menyiasat punca kelakuannya selepas solat.

Komuniti Muslim di sana mengatakan lelaki itu bukan penganut Islam dan menderita penyakit mental.

Ribuan penganut Islam telah berkumpul untuk menunaikan solat sunat Hari Raya di dataran hari ini bagi meraikan kemenangan setelah berpuasa sepanjang bulan Ramadan.

Penduduk Albania yang berjumlah 2.8 juta penduduknya beragama Islam, dengan komuniti Ortodoks dan Katolik yang lebih kecil yang saling bergaul dengan baik. – AP