Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Derma 1 juta baht bantu mangsa banjir M’sia

    HATYAI, SONGKHLA, THAILAND, 29 DIS – Masyarakat Islam di selatan Thailand menyampaikan sumbangan berjumlah 1 juta baht bagi meringankan beban mangsa banjir di Malaysia.

    Kempen kutipan derma dalam talian merupakan inisiatif pendakwah muda Asari Lateh bersama beberapa penceramah bebas di selatan Thailand.

    Asari dan penceramah-penceramah bebas menerusi ‘Babazu Channel’ telah mengadakan ceramah dalam talian untuk mengutip derma bagi membantu mangsa banjir di Malaysia.

    “Kutipan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad lepas berjaya mengumpulkan 1 juta baht untuk disumbangkan kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima.

    “Kami berharap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban mangsa banjir,” katanya kepada Bernama.

    Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Muhammad Ridzuan Abu Yazid mengucapkan terima kepada masyarakat Islam di selatan Thailand yang menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir besar.

    “Sumbangan ikhlas daripada masyarakat Islam selatan Thailand menunjukkan hubungan baik Malaysia dan Thailand yang saling membantu ketika negara dilanda musibah,” katanya.

    Sebelum itu, Asari menyerahkan replika cek kepada wakil TV3 Tuwaedaniya Meringing dan disaksikan Muhammad Ridzuan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

    Jumaat lepas, masyarakat Islam di Pattani turut mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan buat rakyat Malaysia susulan musibah banjir yang melanda. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...