NEW YORK, 17 Jan – Pemain Toronto Raptors, DeMar DeRozan telah didenda AS$15,000 oleh NBA kerana mengkritik secara terbuka mengenai pengadilan liga itu.
Hukuman itu diumumkan kelmarin oleh Kiki VanDeWeghe, naib presiden eksekutif liga untuk operasi bola keranjang.
DeRozan membuat kenyataan itu selepas kekalahan Raptors 127-125 ke atas Golden State pada hari Sabtu lalu di Toronto.
Dia berang dengan keputusan pengadil semasa perebutan bola yang keluar dari batas gelanggang di sebelah bangku Warriors.
Selepas tinjauan video, Golden State telah dianugerahkan posisi dengan baki perlawanan tiga saat.
Stephen Curry telah dikasari dan membuat dua lemparan percuma sebelum Fred VanVleet berjaya membuat jaringan tiga mata sebelum tamat perlawanan.
DeRozan berkata selepas kekalah itu, “Ia mengecewakan kerana berada di luar sana merasakan anda bermain lima lawan lapan. Beberapa panggilan itu dahsyat, titik.” – AP