DES komited dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti

Jabatan Perkhidmatan Elektrik (DES), Kementerian Tenaga, merujuk kepada surat kiriman pembaca yang bertajuk ‘Transferring balance from old to new electric meter taking too long’ oleh Impatient Now yang diterbitkan dalam ruangan Opinion Borneo Bulletin pada 27 November lalu.

DES ingin mengucapkan terima kasih kepada penulis kerana berkongsi kebimbangannya mengenai kelewatan dalam memindahkan baki kredit elektrik dari meter elektrik lama ke meter elektrik baharu. Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa proses pembayaran balik untuk pemindahan baki kredit elektrik dari meter yang kurang berfungsi memerlukan pengambilan semula data yang dilakukan oleh kontraktor yang telah dilantik oleh DES.

Baki elektrik tersebut yang dalam kWH akan diambil dari meter yang rosak dan akan digunakan dalam proses pembayaran balik. Dalam situasi tersebut di mana meter elektrik yang mengalami kerosakan yang teruk, proses pengambilan data akan ditangguhkan di mana ia akan memberi kesan kepada proses pembayaran balik. Kesemua 16 tuntutan dari cawangan DES, Sengkurong untuk bulan Jun 2019, seperti yang dirujuk dalam artikel tersebut, telah berjaya diselesaikan, kecuali satu tuntutan dengan baki kosong pada meter yang dipersoalkan.

DES akan terus berusaha ke arah proses pembayaran balik baki elektrik dari meter lama kepada meter baharu. DES juga akan memastikan bahawa jabatan ini komited sepenuhnya dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tinggi.

DES ingin menjemput orang ramai untuk melawat Seksyen Kewangan, Tingkat 4, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Lapangan Terbang Lama Berakas pada waktu pejabat untuk urusan proses pengembalian meter yang rosak. Bagi anda yang mempunyai masalah berkaitan dengan bekalan tenaga, orang ramai boleh menghubungi talian Darussalam 123 atau layari laman web jabatan di www.des.gov.bn. – Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Kementerian Tenaga, Negara Brunei Darussalam.